Tuesday, July 8, 2014

Teman hidup yang hensem dan sweet!

Mendapatkan lelaki yang kacak (handsome) dan manis perbuatannya (sweet) kerapkali meniti di bibir wanita muda remaja dara pujaan di seluruh dunia.

Kebanyakan mereka mengimpikan lelaki dari jenis ini untuk berada di samping kehidupan yang mewah. Itu impian mereka.

-gambar Hiasan snap dari siri Jauh Dari Cinta di astro Prima


Sungguhpun demikian, mereka tidak sedar, bahawa hakikatnya semua lelaki kerap berkelakuan sweet cuma tak semua lelaki dilahirkan kacak.

Biarpun begitu, ramai lelaki dilahirkan kacak atau handsome di mata sebahagian kecil wanita ataupun individu semata-mata. Lelaki kacak ini biasanya bapa kepada wanita tersebut.

Semalam ada seorang sahabat baik aku ada berkongsi "kata-kata lucah" kepada aku. Bagi sahabat aku, "lelaki hensem ni, buat apa pon tetap sweet! Pompuan memang suka laki cambi. Buat pi la apa pon" katanya.

Bila balik, aku terus cuba untuk mencerna ayat yang diungkapkan tu. Tajam, dalam dan juga menusuk dengan bukti empirikal yang jelas.

Tapi, aku yakin, ada di kalangan wanita di luar sana tak setuju dengan ungkapan terbabit.

Cadangan aku kepada wanita jenis tersebut, cuba dapatkan lelaki kacak idaman kalbu, aku pasti, lelaki tu duduk diam-diam saja pon dah terasa manis.

Thursday, July 3, 2014

Masa untuk cipta PELUANG!

Aku amat suka dalam hal mencipta peluang.

Bagi aku, keadaan ni bukanlah sesuatu yang luar biasa di kalangan orang ramai. Ia cuma jarang berlaku di kalangan manusia urban yang tinggal di bandar.

 Ini kerana kita semua tahu orang di bandar kebanyakannya suka untuk kekal bersifat individualistik malah ramai juga yang kian tamak mengejar kehidupan mewah tetapi melupakan kemeriahan hidup bermasyarakat.

Justeru itu, kita juga harus paham bahawa tak semua orang mampu menerima peluang lumayan pada kekerapan yang tinggi.

Kebanyakan orang hebat akan mencipta peluang untuk orang lain merebutnya. Dari situ kita akan lebih berbahagia berbanding orang lain.

Jangan lupa sokong statement aku di bawah ni..



Friday, June 13, 2014

Qiamullail bukan lagi RARE!

Kehadiran World Cup 2014 kali ini menjadikan kebangkitan masyarakat sekitar Asia Tenggara untuk bangun malam menjadi mudah.

Bukan apa, ini hanyalah kejadian biasa bila sesuatu hal menjadi trend di kalangan masyarakat. Memandangkan maksud literal Qiamullail dari Bahasa Arab membawa maksud berjaga malam dalam Bahasa Melayu, maka usaha untuk Qiammullail di kalangan masyarakat di musim Piala Dunia bukanlah satu perbuatan asing.

Doodle Google WC2014

Apa yang boleh aku katakan ialah kehadiran Piala Dunia boleh dianggapkan peluang baik untuk membuat pahala di samping menikmati perlawanan bola sepak.

Waktu perlawanan yang secara puratanya sekitar jam 12 tengah malam hingga jam dan juga sekitar 3 pagi ni memang best untuk memulakan sesi menonton dengan dimulakan dengan solat sunat Tahajud.

Ala... 2 rakaat ja pon.. Bukan susah...

Malah, seusai tamatnya perlawanan sekitar 6 lebih pagi, kita boleh ramai-ramai pergi berjemaah di masjid untuk Subuh.

Perbuatan RARE sebelum ni mungkin jadi trend untuk umat Islam. Lagipun lepas ni kita pon dah nak masuk Bulan Ramadan.. Peluang tingkatkan pahala dan juga tingkatkan kepuasan diri menerusi menonton World Cup 2014.

Dunia dapat, akhirat pon dapat...

Binatang adalah simulasi kehidupan manusia.

Sejak ribuan tahun, binatang dan manusia sememangnya sentiasa berinteraksi sehingga manusia kini mampu hidup senang dengan teknologi yang dahsyat dan canggih.

Akan tetapi, ramai yang lupa bahawa binatang telah banyak menaburkan jasa dan juga pengajaran buat kehidupan manusia.

Binatang ada disiplin kehidupan mereka.
Binatang ada keupayaan teknologi membuat binaan tinggi.
Binatang ada limitasi yang hampir sama dengan manusia.
Binatang dari pelbagai spesis dan jenis menjadi petunjuk buat setiap jenis sifat, sikap dan keperluan manusia.

Mungkin disebabkan binatang tiada akal malah tiada satu bentuk komunikasi yang selaras di antara binatang dengan manusia, maka binatang kerap teraniaya.

Manusia yang mereng akalnya menyeksa binatang demi memenuhi rasa puas dalam hati. Tidak kurang dengan itu, ada juga insan lain yang suka meladeni perangai keji menyeksa binatang ni.

Oleh yang demikian, lihat binatang ambillah iktibar dari kejadian olehNya.

Keldai takkan bawa muatan berlebihan berbanding lembu yang sanggup kerja keras biarpun diberikan muatan yang dia sendiri pon tak mampu.

Babi akan makan apa saja yang ada di depannya biarpun hanya tahinya sendiri yang ada di lokasi kejadian.

Semut akan bergerak ikut disiplin sistem yang ditetapkan koloninya.

Anai-anai mampu membina busut yang 10,000 kali lebih tinggi dari dirinya.

Dan macam-macam lagi..

Anda manusia dari jenis apa?

Thursday, June 5, 2014

Jika bumi bertuah ini kucar kacir.



Di lokasi perang saudara, Aleppo, Syria - Gambar Hiasan

Semalam aku bermimpi... Keadaan kucar kacir. Mak abah telefon dengan nada cemas.


"Hilal!! Cepat balik.. Kami dah nak pindah ni.." Jerit mak melalui telefon.


Aku bergegas mendapatkan tiket penerbangan untuk pulang ke rumah. Segalanya berlaku dengan pantas.. Aku pun berjaya mendarat dan sampai depan rumah selang 2 jam kemudian.


Aku tengok abah sibuk bawa barang yang penting. Mak lebih kalut seperti biasa. Adik-adik yang lain semua cuma bawa satu beg. Masing-masing dengan keperluan masing-masing.


Tiba-tiba aku dengar deruan jet MIG yang melalui ruang udara rumah aku. Satu letupan sayup kedengaran. Mak dengan nada terkejut terus berkata "tudia ada lagi satu depa tembak! Dah cepat!"


"Nak pi mana??" Soal aku dengan penuh kehairanan.


"Kita p samagagah.. Sana aman sikit!" Jawab abah.


Aku pelik! Sejak bila bumi bertuah ni dah huru-hara?


Ketika dalam perjalanan, aku nampak banyak banggunan musnah. Ramai kanak-kanak yang menangis.


Ada kura-kura mati tergantung di pokok. Menambah kepelikan aku ialah kura-kura tersebut difahamkan bunuh diri beramai-ramai di pokok mangga yang tumbuh meliar di tepi sungai berdekatan jalan yang kami lalui.


Aku terus terbangun! Dada berdegup kencang. Aduhh mimpi rupanya. Mimpi negara yang aku duduki kucar-kacir.


Ya Allah.. Jauhkanlah kejadian ini dari berlaku.

Sunday, May 25, 2014

Kalaulah abah penumpang MH370.

Abah memang ada trip ke Beijing yang dijadualkan pada Mac lepas. Dengan faktor genetik yang memang ada sejarah ketakutan pada tempat tinggi, abah memang sentiasa berdebar dengan perjalanan menaiki kenderaan terbang.

Mungkin terpaksa mengalami sendiri perubahan cecair badan akibat tindakan fizik aerodinamik kapal terbang, itu menjadi alasan yang kerap abah bagi bila diajak berjalan-jalan atau melancong ke luar negara. Bagi abah, ketakutan itu memang payah untuk dia lawan.. Kali ni, abah memang sedikit teruja untuk bersama sahabat perjuangannya dalam perjalanan ke Beijing.

20140525-034813 am-13693799.jpg

Bagi abah, melihat tempat orang memang membuka mata seluas-luasnya. Hasil jiwa kembara yang ada dalam lubuk hati, perjalanan ke Beijing memang menarik rasa sampai memberi kesan kat anak-anak.

Aku sebagai yang paling tua, suka bila abah bahagia dengan peluang ni.

Aku cuba bayangkan... Jika kehilangan pesawat MH370 melibatkan abah.

Semestinya harini lebih 2 bulan abah hilang. Aku pasti sunyi. Aku mesti bayangkan apa yang mak rasa.

Mak plak memang wanita yang setia dan pandai berlakon. Kalaupun jiwanya tidak tenteram, tapi mak sentiasa excited bila datang orang yang disayanginya.

Bila abah takda kat rumah, hampir semua benda yang berkait dengan abah mak akan update melalui group whatsapp family. Foto tempat abah lepak la... Meja tempat barang abah la..

Bayangkan itu semua hilang.. Takda khabar baru.. Mak mesti sedih. Mak mesti nangis..

Dan aku yakin.. Mak akan sentiasa tengok gambar abah... Jiwa sentimental yang terserap melalui DNA Wan Ayob memang banyak melekat dekat mak. Sebab tu mak sentiasa sentimental dengan banyak perkara.

Dan aku? Semestinya dalam keadaan bingung. Memikirkan ke mana abah..

Kalaulah kejadian itu benar-benar terjadi kat abah...

**abah selamat pergi dan balik dari Beijing. Asalnya tiket abah ditempah pada 8 Mac 2014.. Tapi terpaksa ditangguh selepas ada di kalangan sahabatnya yang perlu menyelesaikan komitmen lain. Lantas perjalanannya ditangguhkan ke minggu seterusnya. Alhamdulillah..